Beberapa hari ini, aku galak membaca postpost lama keretamayat walhal aku sepatutnya tekun menelaah untuk dua lagi kertas yang bakal aku duduki pada minggu hadapan.
Inilah manusia, inilah pelajar. Benda yang dia suka dia layan, benda yang dia tidak suka dia tinggalkan.
Inilah padahnya hidup di zaman di mana semua kemahuan lantas di tunaikan dan segala macam benda yang tidak disukai di tinggalkan. Telefon pintar dengan semua maklumat dan info yang terletak di hujung jari sahaja. Asal telefon pintar kamu punya talian internet 24jam, kamu sudah miliki dunia dan segala isinya.
Ngeh.
Kita di besarkan dalam zaman ini untuk mengutamakan keinginan kita demi mencapai kepuasan diri bagi mencipta motivasi dalam diri demi meneruskan kehidupan di dunia. Kita di galakkan terusterusan berusaha menjayakan diri belajar tinggitinggi belajar jauhjauh supaya dapat jawatan tinggi dan gaji besar. Kemudian jadi kaya lalu apa? Kita bawa akaun bank kita dalam kubur? Apa engkau fikir kau boleh rasuah Munkar dan Nakir nanti untuk ringankan sedikit sebatan mereka apabila kau memberikan jawapan salah?
Alahai, aku membebel macam tok nenek di sini tentang mati sedangkan aku sendiri belum cukup bekalan akhirat. Wahai.
Point yang ingin aku buat sekarang ialah kita terlalu terbiasa mengutamakan keinginan kita sendiri sehingga agama kita terabai. Akulah contoh terdekat. Contoh lagi dekat, aku tertinggal solat subuh hari ini. Dan aku rasa hina. Buruk. Kalau boleh tampar diri sendiri aku tampar juga. Okay, sudah tampar. Tapi setakat tamparan manja aku untuk diri aku ni tidaklah boleh disamakan dengan hukuman yang sedia menanti untuk aku.
Semalam, lepas membaca keretamayat baru aku fahami apa itu erti ikhlas.
Allah, kenapa tiada ustaz atau ustazah yang ajar kami benda ni di sekolah?
Apa engkau kata? Kenapa tak pergi usrah tak pergi kem remaja islam?
Kalaulah sudah aku dibesarkan oleh emak yang semua aktiviti luar sekolah semuanya diharamkan dari aku mengikuti, macamana aku nak tahu?
Inilah sistem pendidikan Malaysia. Bukannya menggalakkan perkembangan individu dari aspek keagamaan tetapi menjurus ke arah golongan pelajar yang belajar keras untuk lulus peperiksaan. Walaweh. Sememangnya kefahaman di ukur dari ujianujian begitu tetapi patutnya adalah sedikit penekanan terhadap keagamaan.
Ini tidak, kau perlu hadiri sekolah agama dan rajin menghadiri majlis ilmu baru kau akan tahu.
Sekali lagi aku tanya, kalaulah aku dibesarkan oleh emak yang mengharamkan aktiviti luar sekolah, macamana aku nak pergi hadiri benda tu semua? Sedangkan aku sehinggan kini haram nak berkawat sebab mak aku tak bagi dari kecil lagi. Asal aku dipaksa ikut perbarisan, memang tak boleh menang juga kakakkakak senior sekalian dulu tu, sebab mak aku memang akan haramkan dan waktu itu, aku lebih takut mak dari aku takut kakak senior dan cikgu. Kenapa? Sebab aku tinggal dengan mak. Dorang, tidak.
Yang ingin aku kemukakan di sini adalah kenyataan tentang isuisu sebegini, tentang ikhlas, tentang ibadah, tentang dakwah, sungguh, makin banyak aku baca di keretamayat, makin aku rasa ilmu agama aku cetek. Makin bodoh aku rasa. Allah.
Terlalu banyak yang aku tidak ketahui. Bak kata remaja zaman sekarang, huhu.
Sedangkan umurku yang sudah mencecah 21tahun sahaja tidak dapat menjamin keutuhanku terhadap pegangan agama. Apalagi suruhan Allah. Lihat sahaja bagaimana aku boleh tertinggal subuh. Astaghfirullahalazim.
Kuharapkan nanti Allah akan hantar seseorang yang dapat mengajarku lebih dalam tentang agama. Seseorang yang dapat membetulkan kesilapanku. Seseorang yang dapat mengajarku apa itu ikhlas. (Ikhlas itu adalah apabila kita lakukan semuanya kerana Allah biarpun terpaksa. Niat itu penting. Kita rasa terpaksa berpuasa tetapi kita buat kerana perintah Allah, maka itu ikhlas. Kita tinggalkan benda yang kita suka tetapi dilarang Allah, biarpun merasa terpaksa tetapi kerana kita mematuhi perintah Allah, maka itu di panggil ikhlas. Jadi dasarilah niat kita semua atas perintah Allah. Lambat laun Allah akan berikan kemanisan beribadah dan beramal dalam hati kita.) Seseorang yang dapat mengingatkan aku untuk bangun subuh, kejutkan, siram aku dengan air sejuk bila perlu, untuk bangun subuh.
Allah, berikanlah aku jodoh yang mencintaimu.
Aku dengan agamaku yang cetek memerlukan rakan kehidupan yang mampu menerangi jalan yang betul dalam menuju ke arah cintaMu, ya Allah.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.
Aku ini hambaMu yang hina, ya Allah. Tapi aku berjanji, aku akan layani suamiku nanti dengan sebaikbaik mungkin. Bacabaca tentang Rasulullah buat aku teringinnnn sangat nak berjumpa orang macam baginda. MasyaAllah. Tiada tandingannya. Tetapi kuharapkan suamiku nanti adalah secebis baginda dalam dirinya. Penyayang, sabar, penyayang (ya, aku ulang sekali lagi), ikhlas dan yang lebih penting, mencintai Allah lebih dari segalanya.
Terima kasih pada hamba Allah yang memperkenalkan aku pada keretamayat. Sungguh terhutang budi aku pada kamu.