20131109

I Love You Zaman Sekarang

I love you.

Bagi budakbudak zaman sekarang, I love you ni benda biasa, mundane, normal.
I love you di wall facebook, mesej, wassap, wechat, line entah semuanya. I love you berhambur sana sini. I love you zaman sekarang sudah hilang makna.

Dulu, bila orang kata I love you, itu adalah prelude kepada sebuah proposal dan sebuah perkahwinan dan sebuah komitmen. Sekarang, bila ada orang kata I love you pada aku, aku berfikir, sudah berapa ramai gadis lain yang kau 'I love you'kan?

Sekarang, aku tidak pasti statistik sebenar tapi budakbudak sekolah rendah yang baru tahun tiga, dan ada juga yang baru tahun satu, sudah pandai bercinta dan kata I love you. Alahai. Inilah dia kesan media penyiaran televisyen Malaysia yang terlalu mengagungkan cinta sehinggakan budakbudak kecil yang tengok pun boleh terpengaruh. Ya, wajarlah kita mengajar budakbudak untuk sayang menyayangi tapi sehinggakan mereka sampai ke tahap berfikiran cinta itu mainan sematamata?
Aduhai.
Cuba ajar mereka sedikit tentang patriotisme dan nilai menghormati dan bersyukur seadanya. Ini tidak, budakbudak sekarang ukur kebahagiaan mereka dari harga telefon bimbit mereka, baju mahal mereka dan berapa banyak bf/gf mereka sudah ada.

Lagi menyedihkan remaja sekarang yang buat cinta itu jadi busuk.
Mereka fikir cinta boleh di tukar ganti. Break dengan gf/bf yang ni, ganti lagi baru. Lepas tu update status, 'Aku sudah bertemu dengan cinta baru.'
Lagi satu trend menyedihkan, cinta itu terbatal sekiranya pasangan mereka curang. Lalu mereka dapat lesen untuk turut sama curang. Maka curang mencurangilah mereka sehingga bertemu pasangan yang sesuai sejiwa lalu mereka berpisah dan bina hubungan baru. Sedih tengok cara mereka.

Ya, aku pun pernah jatuh cinta, bercinta dan berpisah. Tapi bukan ketika umurku masih setahun jagung. Itu ketika aku sudah matangmatang sedikit. Tepuk dada, tanya hati, betulkah matang sudah ketika itu? Baiklah, belum lagi. Tapi waktu itu aku sudah cukup umur, sudah habis sekolah, ada sijil SPM.

Remaja yang aku perkatakan ini adalah yang baru tingkatan satu, dua, tiga dan seterusnya.

Cinta itu sudah jadi bahan lawak, bahan mainan dan cinta itu sudah hilang nilainya di mata mereka.
Mereka tidak mengerti apa itu cinta. Ya sudah tentu definisi cinta setiap individu itu berlainan tetapi definisi mereka terlalu loose. Terlalu umum sehinggakan cinta itu sudah hilang keistimewaannya.

Patutnya I love you itu di simpan untuk yang satu.
Aku sendiri dahulunya I love youku sangatlah murah. Kukatakan sahaja pada yang kusayang, siapa pun kekasihku ketika itu. Dan bila tiba fasa 'aku ingin berehat dari cinta', aku simpan rapat di hati, aku cuma bilang I love you dalam hati, tidak kuzahirkan dari bibir dan perkataan.

Biarpun kadangkala sehingga naik sesak sedikit dadaku menyimpan I love you itu di dalam hati sahaja, tetap aku simpan. Biar Allah sahaja yang tahu sekarang. Belum tentu dia yang menjadi penerima ucapan I love youku itu akan jadi pasangan hidupku. Biarlah Allah yang tentukan.

Biarlah Allah dan masa yang menentukan. Allah itu kan pro pilih perfect timing untuk kita.

Rambang Di Malam Buta

Sama seperti cinta kita.

Kita semua jatuh cinta tapi tidak semua cinta itu di dasari sebab yang sama.

*ini sambungan daripada status fb aku tapi aku segan maw letak di hujung status aku sebab macam jiwang sangat.