Sebelum ini, sewaktu di awal perkenalanku dengan dia, ada suatu ketika di mana dia dan sahabatnya mempermainkan aku dan mengatakan dia sudah bertunang. Airmataku turun laju bagai air terjun. Malam aku mengetahui dia sudah bertunang kuhabiskan dengan air mata, esok paginya di kelas aku berendam dengan air mata, di dalam bilik selepas kuliah kuberdiam diri dengan air mata. Agak lama juga aku bersedih. Siap kuadukan pada umi lagi.
Dia juga punya satu tabiat suka memutar belit jawapannya kepada soalanku sehinggakan dia seolaholah menjawabnya tetapi sebenarnya tidak dan aku akan terus tertanyatanya. Jadi suatu hari itu, dia membuka ruang untukku bertanyakan soalan, janjinya dia akan jawab dengan jujur. Lama aku berfikir soalan apa yang patut kutanyakan pada dia. Akhirnya aku bertanyakan pada dia, pernahkah dia menipuku dan di situlah semuanya terurai. Dia ternyata belum bertunang mahupun belum berpunya. Gembira memang gembira hatiku apabila mendapat tahu. Tapi jodoh itukan rahasiaNya Allah. Maka kuzahirkan kegembiraanku cuma pada sahabat terdekatku. Dan di situ aku sedari bahawa dengan dia, kau perlu menggunakan katakata dan soalan yang betul untuk dia benarbenar menjawab soalanmu.
Dan semalam, dia meminta masaku. Satu hari nanti sewaktu cuti. Aku setuju. Entah apalah agaknya dia ingin buat, aku berfikiran ingin membawa seorang teman untuk kujadikan chaperonku. Nantilah kucari siapa yang ada.
Begitulah ceritaku kini dengan seorang lagi insan dalam hidupku. Dia ini tidak kurang pentingnya buat aku dan dia sepertinya begitu menyayangiku. Perasaannya buat aku rasa bersalah kerana aku di sini begitu hipokrit memnyembunyikan perasaanku yang sebenar dan malahan menggunakan dia. Lalu kuberitakan pada dia, aku ini hipokrit. Bila dia tanya mengapa, aku katakan, tanyalah soalan yang betul, spesifik dengan sebabku dan aku janji aku akan jawab yang betul. Kukatakan pada dia, sekiranya dia mengetahui sebab sebenar, pasti dia akan tidak mahu lagi memandang wajahku. Dia malahan terus berkata, maka tidak perlulah aku mengetahuinya sekiranya dengan mengetahui sebab itu aku akan membuangmu dari hidupku. Aku malahan tambah merasa bersalah. Lalu kukatakan lagi, hal ini tiada kaitan dengan kisah lampauku atau kita. Tapi aku yang sekarang.
Entahlah. Aku tidak tahu jika dia serius memikirkan hal ini ataupun sudah dia lupakan semuanya.
Yang kutahu, aku cuma ingin jujur padanya.