20131106

Serban dan Jubah Putih

Aku masih ingat pada waktu aku bersiaran di bandar bersama nenek. Atau apakah waktu itu aku dengan mak? Ataukah aku dengan umi? Aku sudah terlupa.
Yang ku ingat adalah aku ternampak beberapa orang lelaki alim (baca: tabligh). Suatu perasaan seram dan takut menjalar di hati apabila aku terpandang mereka dan seingatku aku segera mengalihkan pandangan. Entah kenapa aku takut pada mereka. Mungkin hatiku pada ketika itu merasa bersalah.
Peristiwa ini terjadi lama dulu. Yang kuingat adalah mereka berserban dan memakai jubah putih yang sememangnya sinonim dengan orangorang alim.

Barubaru ini, aku ternampak sebuah pictorial memakai serban di news feed facebookku. Dan aku segera right click dan save gambar itu.
Walhal aku ini seorang wanita.
Harapanku ketika itu, nanti bila aku bersuami, aku akan minta dia berserban sekali sekala.
Barubaru ini, aku ternampak jubah putih berjual di pasar malam dan hampir sahaja aku membeli satu untuk simpanan. Ya Allah, apa masalahku ini.
Sewaktu moreh ketika bulan Ramadan barubaru ini, salah seorang rakan sekelasku yang dikatakan anak tabligh, memakai jubah putih dan berserban. Dia tinggi lampai dan putih orangnya. Wajah memang kacak. Subhanallah. Ketika itu aku jatuh cinta. Bukan pada dia. Tapi pada setiap hamba Allah yang bangga menjadi seorang muslim. Betapa aku berharap pasanganku nanti akan berpakaian sebegitu. Pakailah dia jubah putih di rumah harihari, berserbanlah dia. Aku akan cuci jubahnya dan serbannya harihari kalau dia mahu. Wallahi aku tidak dapat berhenti berfikir tentang jodohku. Hati perempuan apakan daya. Ini sahaja yang menjadi kerisauanku. Kan suaminyalah yang akan menjadi penentu syurga seseorang perempuan itu. Maka aku berharap Allah memberikan aku pasangan hidup yang akan membuatkan aku ingat Allah setiap kali terpandang dia. Semoga jodohku akan menambahkan rasa cintaku pada Allah.
Pokoknya di sini selepas jatuh cinta pada hamba Allah yang satu itu, aku begitu mengidam ingin jadi muslimah yang baik. Mengidamkan kebahagiaan yang hanya akan dirasakan bila hati itu penuh dengan Allah. Mungkin orang akan salah faham dan berfikiran aku berubah kerana seorang lelaki dan bukan kerana Allah. Tapi aku yakin, petunjuk Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin dialah yang Allah hantar padaku untuk kembali ke jalanNya. Dia tiada menyuruhku bertudung labuh atau apaapa pun. Aku cuma jatuh padanya dan sekaligus bertemu Allah.

Allah :) suka benar Dia bagi surprise dekat kita. Suka benar Allah bagi teka teki pada kita. Suka benar Allah uji kita. Dari manusia sahaja pandaikah dia atau tidak membaca segala macam clue yang Allah bagi.

MasyaAllah. Sampai sekarang aku masih cinta pada hamba Allah yang satu itu. Kalaulah boleh kuberitakan padanya tentang jasanya dalam hidupku, hanya dengan bernafas dan hidup di muka bumi ini, apalah yang dia fikir ya? Biarlah Allah sahaja tahu.